TENTANG KAMI

MIH Goat Farm beroperasi di bawah MIH Resources & Trading (JR0065056-T) merupakan perniagaan 100% milik usahawan bumiputera yang telah berkecimpung dalam bidang penternakan selama 5 tahun.

Kami mempunyai ladang ternakan yang terletak di Pagoh, Johor dan membekalkan kambing untuk ternakan dan tujuan ibadah. Selain itu, kami juga membekalkan pelbagai barangan keperluan dan makanan ternakan.

Untuk update terkini:
Sila layari fb kami MIH GOAT FARM

Untuk info lanjut boleh hubungi:
Emel: mih.resourcestrading@gmail.com
Pengurus: 010 4144898 En. Md Isa

Tuesday 17 May 2016

Proses Pembelian Kontena Terpakai

Alhamdulillah. 10 Mei yang lepas kontena dah selamat tiba di lokasi. Lepas ni boleh fokus untuk jadikan kontena sebagai kedai/stor makanan & barangan keperluan ternakan.


Pandangan dari sisi depan

Lori haulier sampai di lokasi jam 6.00 pagi dari Pelabuhan Klang.

Proses mengangkat dan meletakkan kontena dengan kren.

Jom cerita macam mana proses nak mendapatkan kontena ni. Mula-mula mesti la nak kena survey harga dulu. Yang penting kena set berapa bajet kita ada, lepas tu pergi la tanya2 kat supplier kontena ada tak kontena dalam bajet harga kita tu.

Macam saya, saya tetapkan bajet RM5k, tapi bila survey2 tanya2 saya cakap bajet saya RM4k je. Jadi kalau ada caj2 tambahan lain (contoh GST ke) takde la over bajet kan. Purata harga market sekarang untuk kontena terpakai saiz 20' adalah antara RM3k-RM5k, bergantung kepada keadaan kontena tu. Itu belum termasuk caj penghantaran dengan lori haulier mengikut lokasi. 

Ni pecahan harga kontena terpakai yang saya dapat:
kontena + penghantaran Pelabuhan Klang-Pagoh = RM4,200
caj ubahsuai (tambah 2 tingkap ventilation 2x3') = RM450
Jumlah keseluruhan = RM4,650

Ok la tu kan, tak lebih dari bajet asal, siap dapat 2 biji tingkap lagi, hati pun senang. Saya tambah tingkap tu sebab nak  peredaran udara dalam kontena lebih sempurna bila cuaca panas, bila simpan dedak nanti takde la cepat rosak kan.

Nak dapatkan harga terbaik, paling penting kena rajin survey2 tanya. Jangan tergopoh2 terus beli. Mana nak dapat nombor contact supplier kontena? Saya guna Haji Google. Dari situ saya dapat lebih kurang 5 supplier.

Sekian saja perkongsian pengalaman untuk kali ni. Sebarang komen dan pandangan positif amat dialu-alukan. Tunggu update seterusnya bila dah siap jadi kedai/stor makanan. Ingat, penternakan adalah perniagaan.
Wassalam.


Saturday 14 May 2016

Kambing Pejantan Untuk Dijual

Harga: RM1,500
Baka: cross jamnapari
Umur: 1 tahun++
Sebab: Nak elakkan in-breeding

Harga boleh dirunding. Untuk info lanjut boleh terus whatsapp ke 010 4144898 (Mamat)


Monday 9 May 2016

Tambah cabang bisnes

Alhamdulillah. Kami akan tambah cabang perniagaan baru selain dari menternak kambing.
Kami kini dalam proses setup stor simpanan dan mengambil stok dari pembekal. Insya Allah akan memulakan perniagaan pada 16 Mei 2016 (Isnin). Doakan semoga semua berjalan lancar ye.

Kepada penternak sekitar Pagoh/Muar/Ledang, boleh la cari kami untuk pembelian ye. Terima kasih!



Kontena GP 20' sebagai stor simpanan stok dedak. Sekarang dalam proses buat tingkap ventilation.
Insya Allah 10hb Mei tiba di lokasi.