TENTANG KAMI

MIH Goat Farm beroperasi di bawah MIH Resources & Trading (JR0065056-T) merupakan perniagaan 100% milik usahawan bumiputera yang telah berkecimpung dalam bidang penternakan selama 5 tahun.

Kami mempunyai ladang ternakan yang terletak di Pagoh, Johor dan membekalkan kambing untuk ternakan dan tujuan ibadah. Selain itu, kami juga membekalkan pelbagai barangan keperluan dan makanan ternakan.

Untuk update terkini:
Sila layari fb kami MIH GOAT FARM

Untuk info lanjut boleh hubungi:
Emel: mih.resourcestrading@gmail.com
Pengurus: 010 4144898 En. Md Isa

Saturday 30 May 2015

Lawatan dari Jabatan Veterinar Daerah Muar

Assalamualaikum semua!

Entri kali ni saya nak cerita pasal lawatan yang diterima dari Jabatan Veterinar Daerah Muar.

Kisahnya bermula bila salah seekor dari kambing betina sakit. Ada luka melepuh dan berdarah di lutut, celah kuku dan bawah perut. Mula-mula ingatkan luka biasa tersangkut atau terlanggar kat ranting kayu je sebab kambing saya memang biasa dilepaskan untuk meragut di sekitar kandang. Tapi keesokkannya luka tu makin teruk sebab kambing saya tu asyik menggaru je. Dah rasa lain macam je, saya pun asingkan la seekor ni dulu. Mana la tahu penyakit berjangkit ke, parah pulak nanti kalau dah berjangkit kat yang lain-lain.

Pada awalnya saya sembur dengan ubat biru je dengan harapan luka tu akan sembuh. Tapi disebabkan kambing ni asyik dok menggaru je, ubat tu tak berkesan la. Makin teruk berdarah lagi ada la. Bila dah berdarah, banyak la lalat datang hurung kat luka tu. Ada orang sarankan guna campuran tembakau+kunyit+minyak sapukan pada luka untuk halau lalat (lalat tak suka bau tembakau dan kunyit) tapi tak juga berkesan. Bila dah sapu tu lalat memang dah lari, tapi bila kambing tu jilat2 garu2 kawasan luka tu, hilang la campuran tu, lalat pun datang balik. Apa pun tak boleh daaa...

Keesokkannya lagi, saya perasan ada lagi seekor kambing atas kandang ada luka seakan-akan sama. Kali ni jantan pulak. Terpaksa la asingkan juga. Memandangkan dah ada tanda-tanda penyakit berjangkit, dua ekor ni saya asingkan jauh sikit dari kandang.

Dek sebab risau penyakit tu makin teruk, saya pun nekad pergi ke Jabatan Veterinar untuk meminta khidmat nasihat. Sampai je Jabatan Veterinar Muar, tak payah pergi kaunter depan, terus saja ke klinik veterinar (cari pintu dengan signboard "Klinik Veterinar"). Kat situ biasa ada pegawai yang jaga, cakap kat dia nak minta pegawai veterinar datang buat lawatan kat kandang. Nanti dia kasi borang untuk isi. Kat borang tu nyatakan la apa masalah kita, isi sekali dengan nama dan nombor telefon untuk dihubungi. Biasa pihak veterinar akan maklumkan kita dahulu sebelum datang. Cepat ke lambat bergantung kepada jumlah permintaan la pada masa tu. Kalau kebetulan tak ramai yang buat permohonan, cepat la diorang datang.

Selang dua hari, pihak Jabatan Veterinar Muar datang ke kandang dengan 3 orang pegawai (1 pemandu dan 2 orang pegawai perubatan). Bila diorang buat pemeriksaan, kambing betina tu disyaki dijangkiti penyakit kurap air. Penyakit ni macam kurap biasa, luka memang menjadi gatal, bezanya dengan kurap biasa ialah lukanya bermula dengan gelembung air kemudian akan pecah dan menyebabkan kegatalan. Yang jantan pula disyaki dijangkiti penyakit puru. Tu ikut kata pegawai veterinar tu la.

Pening pening pening. Dua ekor kambing dua jenis penyakit berbeza. Al maklum la saya ni orang baru dalam penternakan ni, kali pertama berdepan dengan kambing sakit ni. Pegawai tu beri saranan supaya semburkan ubat pembasmi kuman kat kandang untuk elakkan penyakit ni berjangkit kat kambing lain (siap bagi ubat FREE sekali). Kambing yang sakit ni pulak kena asingkan sampai la penyakit tu betul-betul sembuh, kalau tak risiko untuk berjangkit semula sangat tinggi. Untuk rawatan pula, pegawai tu bersihkan luka-luka kambing sakit ni dengan iodin dan sarankan supaya injek dengan ubat 3 serangkai dan injek lagi semula selepas selang 2 minggu.

Saya amat berterima kasih kepada pegawai-pegawai ni sebab khidmat nasihat yang diorang berikan memang mudah difahami. Diorang pun ramah dan mudah diajak bual, saya pun tak segan la nak tanya macam-macam kan. Jom tengok gambar-gambar masa lawatan tu.

Trak Jabatan Veterinar Muar

Kiri - Ubat pembasmi kuman (untuk sembur kat kandang)
Kanan - Ubat spray untuk luka

Dua orang pegawai veterinar bersiap untuk merawat kambing

Saya yang kanan tu, tengah leka dengar penerangan dari pegawai tu

Ni tengah sapu ubat kat kambing jantan yang sakit. Punya la kuat sampai kena 3 orang pegang

Ni tengah sapu ubat kat kambing betina yang sakit

Kambing betina ni kurang agresif berbanding jantan, tak la susah sangat nak sapu ubat

Kambing ni nak tanduk pegawai tu. Nasib la kambing tu kecik je

Bagi penternak -penternak baru di luar sana, kalau ada kambing sakit dan tak tahu nak buat apa, jangan malu jangan segan untuk minta khidmat nasihat dari Jabatan Veterinar. Walaupun kambing cuma ada 2,3 ekor je, insya Allah diorang akan bantu sebab memang di bawah tanggungjawab mereka. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan, kan?

Sekian saja perkongsian pengalaman untuk kali ni. Sebarang komen dan pandangan positif amat dialu-alukan. Ingat, penternakan adalah perniagaan.
Wassalam.